Nora (Zaliha)

 

Sebelum ni, saya seorang sukarelawan, mendidik kanak-kanak dalam pendidikan awalan. Saya juga seorang yang aktif dalam membantu AJK [ahli jawatankuasa] kampung, mengendalikan hal-hal pembangunan dan struktur untuk kampong. Saya juga aktif dalam pendidkan, tak kira di kelas komuniti ataupun di peringkat sekolah. Sekarang jawatan saya, meningkat-meningkat sampai saya sudah menjadi NYDP di bahagian sekolah kebangsaan, iaitu pengerusi PIBG. Saya merupakan Orang Asli yang pertama yang menjadi pengerusi PIBG, saya dilantik oleh guru besar sendiri. Saya memang seorang yang ambil berat tentang hal pendidikan dan cuba membantulah masyarakat, kaum ibu atau bapa, melibatkan diri, membantu dan mendorong anak mereka supaya tidak keciciran pendidikan. Saya rasa saya sebagai sukarelawan di kampung, dipersetujui oleh orang kampung sendiri sebagai seorang pendidik.

Sekarang, saya walaupun tidak mendidik lagi tetapi diteruskan oleh masyarakat kampung, saya sudah menjadi penyelaras di bawah SPNS, iaitu untuk organisasi Orang Asli yang informal, Sinui Pai Nanek Sengik (Hidup Bersatu Hati atau New Life One Heart). Di bawah SPNS ada tujuh buah kampung. SPNS ada seramai 200 lebih kanak-kanak yang dididik. Sekarang ada lagi penambahan di bawah NGO lain, lima buah kampung yang melibatkan Gerik, Kelantan, Temerloh, Slim River dan juga Gopeng. Di bawah SPNS, ada kelas komuniti di Bidor, Tapah, Negeri Sembilan dan Perak. Memang semua sudah saya melawat, sebanyak 13 buah kelas komuniti, saya sudah menyelaraslah untuk membantu meningkatkan prestasi guru dan juga memantau kerja-kerja cikgu, untuk lebih memantapkan lagi struktur pentadbiran kelas komuniti, supaya dapat melihat sendiri perkara itu dilakukan oleh kelas komuniti sendiri, supaya ada pentadbiran yang dijalankan tu teratur, untuk kelas-kelas komuniti yang dijalankan lah, supaya kami sebagai masyarakat Orang Asli dapat belajar mentadbir kelas komuniti kami sendiri dengan lebih yakin, dan dapat meningkatkan tahap pendidikan yang kami ada supaya ia lebih membantu, membantu menyelamat kanak-kanak daripada keciciran pendidikan. Ada setengah cikgu yang ada pengalaman, ada setengah cikgu yang tidak, tetapi ini tidak mematah semangat kami kerana yang mana ada pengalaman, kami mengajar, membantu cikgu yang barulah supaya mereka pun boleh belajar cara-cara mendidik, macam meningkatkan prestasi seorang guru itu.

Kanak-kanak itu biasanya dari umur 3 tahun sampai 6 tahun, tetapi kami juga mengadakan kelas-kelas tambahan walaupun kami buat pendidikan awalan. Ini kerana sepertimana yang kami tahu ada kanak-kanak yang sudah bersekolah yang masih lagi apa kata orang, kefahaman mereka kurang. Jadi kami galakkan buat kerja bersama di sekolah dan beraktiviti, dan juga buat hari membaca, dan dari situ kami akan lebih bekerjasama di mana kanak-kanak yang pandai membaca, mereka akan menolong kanak-kanak yang lemah. Kami akan berkongsi pengalaman, macam cuba mengerti budak ini yang pandai, kenapa. Jadi kanak-kanak yang tidak pandai tu akan datang belajar cara-cara dia, macam mana dia boleh buat. Kami cuba eratkan perkongisan itu dalam kelas komuniti.

Macam saya, bila ada masa, saya akan memantau dari kelas ke kelas, itupun kalau ada rezeki sedikit. Kami memang tidak ada penderma yang khusus, tetapi kami teruskan dengan apa yang kami ada. Macam saya, saya akan meminta bantuan dari sesiapa-siapa, NGO-NGO, dan kalau sudi membantu, mereka akan berilah sedikit buku dan saya akan kongsi kepada kampung-kampung di mana kelas-kelas komuniti diadakan. Kami akan berkongsi lah apa yang kami dapat. Sampai sekarang kelas komuniti masih dijalankan walaupun ada sedikit keperluan, tetapi kami tidak tutup kelas, kami teruskan juga lah.

Saya seorang yang suka berfikir, jadi saya suka belajar, sama ada untuk memajukan diri atau untuk membantu orang, macam itu saya sekarang. Saya mula-mula dengar pasal EMPOWER masa saya pertama kali dipanggil oleh kawan untuk menyertai program EMPOWER. Saya pun berbesar hati kepada EMPOWER, sebab masa saya pertama kali menyertai program EMPOWER, saya tidaklah masuk seratus peratus sebab pada masa itu, saya ada masalah kesihatan. Kali kedualah saya terlibat, pada tahun 2016. Saya bersyukurlah kerana diberikan kesihatan yang baik dan saya dapat menjadi peserta. Semenjak saya jadi peserta saya merasakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh EMPOWER memang sangat-sangat berguna untuk wanita. Aktiviti EMPOWER memang untuk wanita. EMPOWER lebih memberi peluang kepada wanita-wanita lain di mana kami tidak pernah selama ini duduk semeja, sebengkel dengan kampung-kampung yang lain. Kami masa itu setakat tahu masalah pada diri sendiri, pada masyarakat kampung sendiri, kurang ada pendedahan. Jadi bila EMPOWER adakan program tersebut, bagi saya, saya sangat bersyukurlah. Saya boleh melihat dan boleh mengetahui masalah orang lain kerana kadangkala masalah itu berbeza. Jadi kami boleh tahu, boleh berkongsi pandangan, cerita,, suka-duka, sebab kaum Orang Asli tak sama kehidupannya walaupun kami bersama orang sendiri tetapi ada perbezaan. Perbezaannya dari segi pemikiran, kehidupan, ada yang sama dan ada yang berbeza, ada perempuan yang takut, ada yang berani. Jadi bila EMPOWER mengadakan bengkel, ia macam boleh membawa pendidikan bagi saya lah. Ia boleh membuka minda seorang perempuan dan memberi peluang untuk perempuan untuk menyelesaikan masalah bersama, mencari idea yang sama walaupun secara langsung itu bagi saya adalah cabaran yang kami harus tempuhi. Sebab dahulu, di kampung, bila ada masalah, kami akan pergi jumpa JAKOA, mereka respek tak respek pun, kami perlu tanya mengapa, kenapa ini tak selesai, macam kami tak tahu nak buat apa. Tetapi bila kami berkecimpung dan menyertai bengkel EMPOWER, ia lebih luas, membolehkan idea-idea, memberi peluang kepada wanita-wanita untuk bersuara, bagi saya sama taraf dengan lelaki sebenarnya. Bukan sahaja lelaki yang boleh berfikir, perempuan juga boleh berfikir. Jadi dalam bengkel EMPOWER, kami boleh mengambil peluang itu supaya kami dapat menyelesaikan sebaik mungkin masalah yang kami hadapi. Semua perkara lah. Tak kira pendidikan ke, pembangunan ke, struktur ke, kes sosial ke, apa-apa masalah. Jadi di situ, dari pengalaman saya, saya boleh lihatlah dan saya berbanggalah jadi peserta dan cuba sedaya upaya untuk bersama dengan peserta-peserta lain. Supaya kami bersama-sama dapat menggerak dan memajukan apa yang kami ada, apa-apa kelemahan, apa yang kami inginkan, supaya wanita ini menjadi setimpal dengan hidup yang kami hadapi, supaya kami tidak tertekan dan terkongkong dalam masalah perkampungan kalau kami tidak ada pendedahan, kalau suara kami tidak didengar. Ada kami yang sedih kerana tertanya-tanya kenapa kami terus terabai, hidup kami kurang memuaskan, kadang-kadang isu pembangunan pun kurang memuaskan. Bila ada di antara kami yang cakap begitu, sedih juga lah, kami simpati dengan sama kaum dengan kami. Kesedaran itu penting. Kami boleh belajar daripada orang lain. Kesedaran itu memang perlu pada diri sendiri dan kami juga boleh melihat apa masalah kami, macam mana kami dapat menyelesaikannya dan bersama-sama kami boleh bersuara. Kadang-kadang dengan undang-undang kami tidak tahu lebih, apa yang ada dalam undang-undang. Macam baru-baru ini, kami dapatkan daripada pihak JOKOA, JPN katakana Orang Asli berhak mendaftar perkahwinan untuk memastikan hak sama rata, mesti daftar untuk memudahkan anak-anak dapat sijil kelahiran, jadi mereka syorkan daftar perkahwinan. Mula-mula kami buat macam itu lah, memang kami ada adat resam kami dan kami terus juga ikut apa yang disyorkan, tetapi kami tidak tahu sebelumnya itu apabila bercerai, rupa-rupanya ada sebaliknya kesusahan, sebab bila nak cerai, kena ada peguam, kena bayar beribu-ribu. Dekat itulah kami tersangkut. Tak diberitahu undang-undang seratus-peratus. Kalau kami tahu, kami tidak akan daftar perkahwinan. Adat kami, kalau nak cerai, jumpa orang, dah selesai, itu adat kami. Tetapi dengan undang-undang, kami kena cari beribu-ribu ringgit untuk bercerai bayar peguam, padahal Orang Asli tidak mampu buat begitu. Kami tak bekerja seperti orang luar, boleh kerja lebih, dapat overtime, dapat gaji lumayan, kami tidak. Kami ingat untuk memudahkan dapat sijil kelahiran sahaja. Tetapi undang-undang tidak dilonggarkan untuk kami. Kami masih perlu pergi ke mahkamah kalau nak bercerai. Dahlah kami Orang Asli ada masalah, susah macam tu. Kerajaan patut tengok itu semua. Tapi bila diberitahu, mereka senyap-senyap. Nak kata nak hindarkan masalah anak luar nikah, tetapi bila dah daftar, ada lagi masalah lain. Bertambah stress. Ini bukan menolong sebenarnya. Apabila kami lihat dunia sudah moden, kami lihat orang lain dapat masuk TV untuk menyuarakan kesusahannya, apa masalah yang dihadapinya, sedangkan kami rasa kami tidak ada itu semua. Ada tak Orang Asli masuk TV, masalah air ada tak? Tak ada. Kalau orang lain, boleh tengok, ada dalam TV. Sakit hati. Ada lagi pembangunan kami kurang. Kemajuan untuk orang lain ada. Kemajuan untuk orang lain bertambah ada. Kami rasa sedih lah.

EMPOWER itu membantulah kami wanita untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini, ada yang terpendam sesungguhnya. Kami dapat meluahkan masalah pendidikan, masalah perkampungan, masalah perkahwinan dengan bangsa lain. EMPOWER buat macam itu, kami boleh sama-sama merasai dan sama-sama menyelesaikan masalah kami, supaya kami dapat suarakan. EMPOWER bila buat bengkel, dia tak gabung dengan lelakilah. Dia buat bengkel lebih kepada pemikiran perempuan. Itu merupakan peluang yang bukan selalu kami dapat. Bengkel EMPOWER memberi peluang untuk kami berfikir dan belajar bersama-sama sebagai wanita Orang Asli. EMPOWER juga boleh membantu merapatkan kami dengan pihak luar, mempercepatkan lah, macam tu. Kalau ruang itu tak diberi untuk wanita Orang Asli bersuara, memang kami tak akan bersuara kalau tak buat, kalau tak dianjurkan oleh sesiapa,kami tak aka nada apa-apa perkongsian, kami tak akan ada berkongsi idea-idea tentang apa-apa yang nak dibuat . Program EMPOWER lebih mudah dan meyakinkan, iaitu, suara kami akan sampai ke mana. Itu yang saya dapat tengok matlamat EMPOWER untuk membantu kaum wanita sebenarnya. Ia akan cuba membantu menyibar ke media supaya orang lain pun boleh tahu bahawa kaum Orang Asli masih bermasalah. Itulah pencapaian yang baik yang EMPOWER buat bagi saya. Harap EMPOWER dapat membantu kami dengan menyokong kami supaya kami dapat belajar pembentukan, lebih kepada persediaan, supaya apa yang kami wawarkan, apa yang kami inginkan, kami ada bukti yang mengukuhkan matlamat kami supaya dapat kami menyelesaikan masalah yang kami hadapi walaupun lambat atau susah sekalipun, harap kami dapat serba sedikit persediaan yang kami kena buat. Bila kami dapat peluang untuk berjumpa di Parlimen seperti baru-baru ini, kami macam terbuka sendiri, sebab orang itu juga berkongsi apa yang dihadapi di dewan Parlimen tu sendiri, dan kami dapat sedikit kesedaran lah dari situ, bahawa kami pun tahu kami berhak untuk bersuara kalau kami tak berpuas hati.

Mungkin mula-mula kalau wanita dengar pasal EMPOWER ini, apabila dengar pasal hak, mula-mula mungkin ingat lebih kepada kemahiran, kemahiran wanita, berjahit macam tu. Tetapi EMPOWER tu cuba membantu wanita, akan melebihkan bengkel kepada individu-individu wanita supaya meningkatkan kesedaran wanita bahawa kehidupan yang kami mengalami itu memerlukan sokongan, supaya wanita dapat berkongsi pengalaman, masalah, dan boleh berani menyuarakan rasa dia kurang puas hati, itu satu matlamat EMPOWER yang saya rasa yang berguna untuk sesiapa sahaja jadi peserta aktiviti EMPOWER. Ia memudahkan untuk kaum wanita berfikir dengan cara yang matang. Bagi saya, patut ada lebih ruang dan lebih peluang untuk EMPOWER supaya hak kesamarataan itu dapat dicapai satu Malaysia, bagi sayalah. Bagi saya, perkara ini bukan sahaja setakat hak wanita Orang Asli, wanita bangsa lain pun perlu menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi.

Sg. Pil, Perak, 14 May 2016

 

 

Before this, I was a volunteer, teaching pre-schoolers. I was also active in helping the committee members in the village, and handling the issues on development and the structures for the village. I was also active in education, be in in community classes or in the school. I went on achieving higher posts, and eventually I became an NYDP in a public school; I became the chairperson for the Parents-Teachers Association (PIBG). I am the first Orang Asli to be given that position, and I was appointed by the principal. I naturally am concerned about the matters regarding education and I try to help the community, the mothers and the fathers. I get myself involved by helping and encouraging their children so that these children are not left out in terms of education. As a volunteer in the village, I feel that I am accepted and recognised by my fellow villagers as a teacher.

As of now, I am no longer teaching, but it is being run by the village community. I’ve become the coordinator for SPNS (Sinui Pai Nanek Sengik; New Life One Heart), an informal organisation of the Orang Asli. The SPNS hosts seven Orang Asli villages, and is teaching over 200 children. With the other NGOs, now there is an addition of five other villages, namely from Gerik, Kelantan, Temerloh, Slim River and Gopeng. SPNS hosts community classes in Bidor, Tapah, Negeri Sembilan and Perak. I have visited all 13 community classes, and I have already coordinated them to help enhance the performance of the teachers and also to supervise their work, so as to strengthen the administration structure of the community classes. I’m doing this so that I can see for myself that all of these are being done in the classes by my own community, so that the administration can be done properly, and ensure that the classes can be held. The reasons for this is so that us as the Orang Asli can learn the ways to administer our own community classes with more confidence, besides elevating our level of education and helping children so that they don’t get left out in their education. Some teachers are experienced, the others not so much, but this does not stop us. The experienced teachers will also assist the new teachers so that they, too, can improve themselves as teachers.

The children’s ages usually range from 3 years old to 6 years old. Besides early or pre-school education, we also provide extra tuition classes for the children in schools who are relatively slower in understanding the lessons in class. We will encourage the children to do their work together, have activities such as reading day; from there we can ensure that there’s a cooperation among the children, especially when they help each other out in their studies. We will encourage them to share their experiences as well, so that the children can learn from one another, and keep the good practices going. We try to bring that relations of sharing closer in the community classes.

For me, if I have the chance and time, I would supervise each and every one of the classes. We don’t have specific donors, but we keep on going with whatever it is that we have. For example, I will ask for assistance from anyone and the NGOs, and if they are willing to help, usually they will provide us with books and i will share these with the villages where the community classes are held. We will share what we gain. Until today, even though the need is little, but we kept the community classes going; we don’t shut it down.

I enjoy thinking and learning, be it for improving myself or to help the others. I first heard of EMPOWER when my friend asked me to join EMPOWER’s program. I’m really grateful towards EMPOWER. The first time I joined, I was not hundred percent into the program, because I was facing some health issues. In 2016, I decided to join for the second time. I am really thankful that I am blessed with good health now and so I can join. Since joining the program, I realise that the activities done by EMPOWER are really useful for the women. EMPOWER’s activities are definitely for women. EMPOWER gives the women opportunities– before this, we never sat together at one table, in one workshop, together with women from the other villages. At that time, all we know was that ourselves, and also the village communities around us, do not have sufficient exposure to information. This is why I am really thankful that EMPOWER has these programs. I can now see and know of the problems faced by the others, because more often than not, our problems are different. We can share our ideas, stories, and also the reasons behind the differences among the Orang Asli communities. There are both similarities and differences when it comes to the way of thinking among us, and there are both the timid and the more vocal women. In my opinion, when EMPOWER organises such programs, it gives me the chance to learn. It helps open the mind of the women, and enables the women to share their ideas when trying to solve an issue. For me, that is a great challenge that we must overcome. Previously, when there is a problem in the village, we would see JAKOA, and they don’t even respect us. We had to ask why it happened, when it can be resolved, and they would act like we know nothing. But when we started to join EMPOWER’s workshops, we can share our ideas and voice out as women, and be on par with men. Men are not the only ones who can think– women are able to do that as well. We can take this chance to solve the problems that we have, as many as possible, be it on education, development, infrastructure, social cases and more. From my experience, I am really proud that I was a participant, and I try my best to be with the other participants so that we can work together to push for our improvement, and what we want, so that we as women get what we are entitled to, so that we are not oppressed and discriminated when it comes problems concerning the villages, simply because we are underexposed and our voices were not heard. Some of us are upset when they think of why have our lives and development have been unsatisfactory, and how we are generally neglected. When this happens, we feel sad as well as we sympathise with our own communities. Awareness is very important. We can learn from the others. Awareness needs to be within ourselves and we can see what are our problems, how we can solve those problems, and then we can voice out together as one. Sometimes when it comes to the law, we don’t know much. For instance, just recently, we heard from JAKOA that the JPN (National Registration Department) recommends that the Orang Asli register when they marry so as to ensure equal rights, and to make it easier for their children to have birth certificates. Initially we did that– the people married according to customs, and they register as well. However, we didn’t know that if a couple were to divorce, there would be much more obstacles to come, as the legal process would require lawyers, and that would take up thousands of ringgit. That was where we got stuck in a new complication, as we were not told of the full scale of the related laws. If we were to know beforehand, we would not have registered when we marry.

According to our customs, if we were to divorce, we only have to meet and come to an agreement. But with the laws, thousands of ringgit have to be paid to the lawyers if we were to divorce, and the Orang Asli would not be able to do that. We’re different from the other people out there, we don’t have lucrative salaries, and we can’t work overtime and part time. We thought that registering for marriage is just so that the children will be able to have legal birth certificates, but the laws were not made for us. We still had to attend court proceedings if we were to divorce. We have enough problems as it is, and this is making it harder. The government should have considered that, but when we told them, they only stayed silent. We thought this is to prevent the problems of children born out of wedlock, but after we register, more problems and stress come along. This is not helping us. The world is modernised, and we see people going on the TV to voice out about their hardships and problems, but we don’t have that kind of opportunities. Are there any Orang Asli who went on TV to speak about the lack of clean water sources? There aren’t any. If it were the others, there are such TV programs. It hurts. The development for us is also insufficient. Development and improvement opportunities are increasingly there for the other people out there, but not for us. We’re upset.

EMPOWER helps the women to speak out about all that has been silenced and concealed all these times. We get to speak about the problems surrounding education, our villages, and interracial marriage. EMPOWER gives us the chance to voice out and solve our problems together. The workshops organised by EMPOWER do not involve the men, and are designed according to the sentiments of the women. Such chances are hard to come by for us. EMPOWER workshops allow us to think and learn together as Orang Asli women. EMPOWER also improves our relations with the outside world, bringing us closer than ever. If such chances were not provided to us, we wouldn’t have the chance to voice out together and to share our ideas. Programs by EMPOWER are convenient and convincing– our voices would reach far. I see that is EMPOWER’s goals in helping the women. EMPOWER would help us spread our voices over to the media so that people are aware that the Orang Asli are still deep in problems. That is one great achievement by EMPOWER in my opinion. We hope that EMPOWER will keep on helping us by supporting us. This is so that we will be more organised and prepared in forwarding our objectives, and so that we will have evidences to support our objectives. This will help us in solving our issues, and we don’t that it may be late and difficult. When we get the chance to meet in the Parliament just recently, we are more open, as the person in charge also told us of the issues faced by the Parliament and from there, we are more aware of the whole picture. We also know now that we have all the rights to voice out if we are not satisfied.

Perhaps for some women, when they first heard of EMPOWER and the rights of women, they would think that the areas concerned are inclined towards the skills of women in sewing and other similar jobs. However, EMPOWER is focused towards helping women, to increase the women’s awareness that our lives need support, and to make sure that the women can share their experiences, problems and can confidently voice out when she is not satisfied. That particular goal of EMPOWER is very much useful to anyone who join EMPOWER’s activities and programs, in my opinion. It makes it easier for the women to think in a mature way. For me, there should be more space and chances given to EMPOWER so that equality can be achieved all over Malaysia. Also, this does not concern just the Orang Asli women, and women from other races should also voice out their concerns and problems, in my opinion.