Nori

Saya sebenarnya anak Tok Batin. Apabila bapa saya meninggal dunia, saya jadi isteri Tok Batin. Tanggunjawab yang saya pikul ni sama besarlah dengan suami. Kalau kami berkumpul, saya ada tanggungjawab berbincang dengan ibu-ibu. Jadi dengan suami, saya bersama-sama pikul tanggungjawab di kampung.

Pertama kali dapat tahu tentang EMPOWER ni dari kawan lah, Asmah. Lepas tu, dalam tiga tahun ni, EMPOWER memanggil saya untuk menyertai bengkelnya dah tiga kali. Yang pertama kali tu yang saya dapat tahu dari Kak Asmah, saya cuba pergi sebab saya tak pernah keluar, macam mana cara untuk kita nak tahu, macam mana nak bawa masalah kampung kami. Pertama kali saya keluar untuk berbincang masalah kampung ni rasa takut ada, sebab tak biasa bergaul, tak biasa keluar, tak biasa pergi cari pengalaman, saya rasa agak susah nak bawa masalah kampung.  Tetapi apabila saya sampai ke bengkel, EMPOWER tunjuk macam mana cara nak bawa masalah kami, mengajar kami, dan saya mendapat pengalaman sedikit demi sedikit, saya dapat belajar. Apa yang saya belajar dengan EMPOWER, saya cuba bawa ke kampung. Saya cuba cerita kat kampung bahawa apa yang lelaki buat, kami wanita pun boleh lakukan, apa yang kami boleh buat untuk mempertahankan hak kami, hak wanita. Kami wanita Orang Asli sebab duduk di pendalaman, kami tidak tahu apa itu hak wanita. Kami sahaja dapat tengok dalam TV wanita lain berkempen, tetapi kami tak pernah berkempen, tak pernah pergi mana-mana, tengok dalam TV sahaja. Saya lihat orang lain yang buat, bukan Orang Asli, mereka Orang Melayu, Orang Cina. Dalam TV, saya lihat wanita boleh bersuara tetapi di kampung Orang Asli, ada setengah kampung di mana wanita tak boleh bersuara. Jadi saya ikut bengkel EMPOWER ni dah tiga tahun, dah boleh mula faham sedikit apa yang diajar dan boleh bawa ke wanita lain di kampung saya. Sebab saya menyertai bengkel EMPOWER, saya dapat faham tentang hak wanita, bahawa wanita Orang Asli juga ada hak. Bagi wanita Orang Asli, selalunya apa yang kami tahu tentang hak wanita tu adalah mengikut adat Orang Asli, menjaga anak, mengurus rumah tangga, jaga makan minum suami, itu sahaja. Kami tidak tahu tentang hak-hak wanita yang lain. Macam sekarang ada wanita Orang Asli yang bekerja. Dulu tidak dibenarkan bekerja. Jadi, saya bila balik ke kampung, saya beritahu wanita Orang Asli di kampung saya bahawa wanita boleh bersuara, wanita ada hak, sama-sama dengan lelaki. Wanita di kampung harus tahu ni, bukan sahaja wanita di luar — apa hak wanita, apa yang wanita boleh lakukan, macam mana orang lain buat, kami juga boleh buat, kami boleh berkumpul, berbincang tentang masalah kami, dan cuba menyelesaikan masalah kami.

Cabaran tu memang ada. Ada separuh wanita Orang Asli, mereka tak faham, biasa lah di kampung, ada yang pandai membaca, ada yang tak pandai membaca, ada yang bersikap nak jaga anak dulu, tetapi bila saya cakap dengan terang, saya cakap dengan mereka perlahan-lahan, mereka faham. Pertama kali mereka tak faham, tetapi saya terus berjumpa dengan mereka sampai sekarang mereka faham lah. Tiap-tiap kali saya ikut bengkel EMPOWER ni saya akan bawa orang lain bersama. Yang paling penting bagi saya dalam pengalaman saya mengikut bengkel EMPOWER adalah mengenai hak wanita Orang Asli. Sebelum ni saya tidak tahu, tak pernah berbincang tentang perkara yang kami tidak faham. Saya banyak menghargai EMPOWER kerana membantu kami wanita Orang Asli, membantu kami faham hak kami dan apa yang kami boleh buat, EMPOWER bagi tunjuk cara lah. EMPOWER sebenarnya bekerja keras untuk mengajar kami. Saya sangat menghargai EMPOWER. Sebelum saya menyertai bengkel EMPOWER, dulu saya juga wanita yang takut, saya berani di kampung, tetapi sebagai Orang Asli, saya tidak tahu tentang undang-undang, saya hanya berharap sahaja kepada pihak JAKOA [Jabatan Kemajuan Orang Asli]. Parah. Tak tahu macam mana nak tentang dia, macam mana cara untuk bercakap dengan dia. Kalau kami sudah bercakap, mereka tak balas. Kami wanita Orang Asli di kampung Gebok memang boleh bersuara. Tok Batin tak pernah melarang, orang-orang tua di kampung pun tak pernah melarang wanita Orang Asli bercakap. Mereka menggalakkan wanita bersuara bersama-sama dengan mereka. Bagi saya, apa yang saya belajar dengan EMPOWER, saya bawa balik ke kampung dan memang ada perubahan. Macam ibu-ibu yang ada anak-anak, mereka nak tahu macam mana nak bahagikan masa, kami kena berbincang bila kami nak keluar dari kampung. EMPOWER membuat pemikiran saya terbuka, boleh faham tentang undang-undang. Kerana EMPOWER, apa yang kami tak tahu sebagai wanita Orang Asli, kami sekarang tahu, apa yang kami tak dengar, kami dapat dengar, apa yang kami tak faham, kami boleh faham. Macam tu.

Kampung Gebok, 29 May 2016