Wai Min

Wai Min

Sekarang, saya berada di dalam tahun kedua jurusan Pengajian Antarabangsa di Monash University, dengan mengambil subjek minor Pengajian Gender. Saya memilih untuk menjadi pelatih di EMPOWER kerana saya sangat ingin bekerja dengan sebuah organisasi hak asasi manusia di Malaysia, dan EMPOWER merupakan institusi yang sebegitu. Saya berada di EMPOWER sejak dari pertengahan bulan Oktober, selama tiga bulan.

Ketika saya masih mencari organisasi hak asasi manusia untuk menjalankan latihan pekerjaan, pada mulanya, saya tidak mempunyai banyak pilihan. Secara khususnya, EMPOWER mempunyai titik persilangan yang sangat menarik. Saya rasa saya tertarik dengan idea yang ia merupakan sebuah organisasi hak asasi manusia yang feminis. Itulah antara salah satu sebabnya, dan saya juga diberitahu tentang EMPOWER oleh bekas pensyarah saya, Cik Petra Gimbad. Oleh itu, EMPOWER kelihatan seperti sebuah organisasi yang saya boleh pilih untuk latihan pekerjaan. Cik Petra ada menghantar emel tentang sebuah acara yang dianjurkan oleh EMPOWER dan mereka memerlukan bantuan, tetapi saya tidak mampu untuk membantu ketika itu kerana saya sudah bekerja sambilan.

Dengan organisasi hak asasi yang lain, paling kurang yang saya sudah kenal, contohnya SUARAM, adalah lebih berunsurkan politik dan ia lebih fokus kepada isu politik hak asasi manusia, contohnya penahanan dan kebebasan bersuara, Semua itu sangat penting, tetapi bukan apa yang saya betul-betul mahu pelajari dan apa yang saya mampu sumbangkan. SUARAM bukanlah organisasi yang sesuai berbanding EMPOWER untuk memahami isu gender, dan pemahamannya dalam isu politik. EMPOWER lebih menarik di mata saya. Saya lebih berminat tentang isu gender dan proses politiknya. Saya baca laman web EMPOWER, dan saya maklum yang EMPOWER memasukkan maklumat tentang proses dan peristiwa politik. Saya tahu yang saya mampu untuk menyumbang dari segi itu; saya pernah bekerja dengan seorang wakil rakyat sebelum ini, jadi saya rasa saya boleh menyumbang pengetahuan saya selari dengan kerja-kerja EMPOWER – dengan cara melibatkan diri dalam proses dan peristiwa politik, tetapi mengekalkan perspektif gender dan analisis, semuanya isu yang saya minat dan ghairah.

Dari segi pemahaman tentang gerak kerja NGO, saya rasa saya telah banyak belajar. Saya rasa seluruh pengalaman saya dengan EMPOWER adalah sangat menginspirasikan kerana saya telah berjumpa ramai orang lain yang bekerja dalam bidang hak asasi manusia, dan bekerja dengan NGO di Malaysia. Mereka berkerja di dalam pelbagai isu hak asasi manusia yang berlainan, dan merupakan sebahagian daripada COMANGO. Mereka semuanya merupakan orang yang berfikiran lebih kurang sama, dan cuba yang terbaik untuk mendapatkan kemajuan di dalam bidang hak asasi di Malaysia. Semuanya sangat menginspirasikan. Kadang-kadang, kita mula berfikir yang Malaysia tidak mahu dengan kita, dan Malaysia merupakan tempat yang sangat kejam, dan kita mula berjumpa orang yang cuba untuk merubah semua itu dan dan tidak takut untuk melakukan semua itu. Dengan cara ini, pengalaman ini sangat bermakna untuk saya.

Saya telah turut serta dalam banyak acara yang membolehkan saya untuk melihat pelbagai segi organisasi EMPOWER. Contohnya, untuk beberapa minggu pertama, saya membantu EMPOWER di dalam projek pemantauan Universal Periodic Review (UPR). Kebanyakan kerja saya ialah untuk menyokong kerja penyelarasan, dan memampankan minat organisasi masyarakat sivil dalam memantau UPR, dan saya juga mencuba untuk memahami proses UPR. Ada dua lawatan yang dianjurkan untuk memahamkan isu hak asasi komuniti Orang Asli, di mana saya juga turut serta. Saya juga menyokong kerja di bawah program Penyertaan Politik Wanita oleh EMPOWER. Antara pengalaman yang sukar dilupakan oleh saya bersama EMPOWER ialah lawatan pertama saya di komuniti Orang Asli di Gerak. Saya sentiasa berpendapat yang isu Orang Asli memerlukan kita untuk mendengar apa yang mereka katakan, dan ia memang betul. Semua yang kami lakukan ketika itu ialah mendengar pendapat mereka.

Saya rasa, kebolehan mendengar sangat penting dalam kerja hak asasi manusia, atau apa-apa kerja berkenaan meningkatkan kesejahteraan komuniti. Kita perlu mendengar suara daripada komuniti itu sendiri, dan saya rasa kehadiran kami telah menjadi platforum untuk mereka mengungkap apa yang mereka mahu kongsi. Ramai orang berfikir yang kumpulan minoriti memerlukan penyelamat, dan mereka tidak ada suara. Tetapi kebenaran tentang hal ini ialah mereka masih punya suara tetapi kita tidak membenarkan mereka masuk ke dalam ruang yang sepatutnya; sistem ini tidak membenarkan mereka untuk bersuara; sistem ini tidak membenarkan mereka mengesahkan perasaan mereka dan cara hidup mereka. Saya fikir, ianya sangat, sangat penting untuk mendengar daripada komuniti itu sendiri. Bagi saya, kerja ini terasa seperti sangat praktikal dan pada tahap akar umbi. Kadang-kadang saya terasa seperti ada yang terputus, ketika kita membaca tentang satu isu dan kita tidak benar-benar faham isu itu sehingga kita berjumpa dengan orang dan kita bekerja pada tahap itu, barulah kita mampu untuk memahami isu itu dengan cara yang lebih peribadi. Pengalaman bekerja dengan EMPOWER untuk program Penyertaan Politik Wanita merupakan pengalaman yang sangat berbeza, dan pada saya, program ini membuatkan EMPOWER menjadi unik kerana tiada kumpulan hak asasi wanita yang bekerja dalam isu ini. Saya berpendapat yang ia juga sangat penting untuk EMPOWER menjadi sekretariat bersama COMANGO dan bekerja di dalam proses UPR kerana dokumentasi isu hak asasi manusia sangatlah penting. Saya juga sedar tentang kesulitan bekerja dalam bidang hak asasi manusia di Malaysia – betapa lambat dan sukar prosesnya.

Pada hemat saya, EMPOWER komited dalam penambahbaikan negara Malaysia. EMPOWER membolehkan mana-mana bakal pelatih untuk belajar, dan EMPOWER juga melakukan kerja-kerja penting dalam bidang hak asasi manusia di Malaysia. Saya rasa EMPOWER juga turut menawarkan penyelesaian yang lebih praktikal, contohnya, melalui program Penyertaan Politik Wanita untuk menangani kekurangan perwakilan wanita di dalam Parlimen. Saya berpendapat EMPOWER harus terus mengetengahkan isu hak asasi, dan terus mengubah situasi hak asasi manusia secara aktif di negara ini. Saya rasa hubungan kerja yang dikekalkan oleh EMPOWER bersama ahli politik wanita adalah sangat berguna. Ketika NGO perlu berfungsi di luar kancah politik, dan menyemak serta mengimbangi secara sihat di dalam masyarakat – realitinya, banyak perubahan yang harus dilakukan di dalam kancah politik untuk manfaat kepada masyarakat dan menegakkan hak asasi untuk semua. Pengalaman sebagai seorang lelaki yang bekerja di dalam organisasi feminis yang sangat berorientasikan wanita sangatlah menarik. Saya berpendapat bahawa ia sangatlah penting untuk EMPOWER bekerjasama dengan sekutu-sekutu lelaki yang berpotensi untuk mendesak akan peningkatan perwakilan politik wanita, untuk kaum lelaki faham dan belajar tentang kesaksamaan gender, dan belajar meninggalkan stereotaip gender dan prejudis. Saya rasa, dengan mempunyai kedua-dua perspektif lelaki dan wanita dalam membawa perubahan, boleh membantu EMPOWER dalam menghadapi cabaran untuk memikirkan semula cara semasa untuk bekerja dalam isu hak asasi manusia.

 

As of right now, I am a second year student in Monash University, doing a major in International Studies and doing a minor in Gender Studies. The reason why I applied for internship with EMPOWER is because I really wanted to work with a human rights organisation in Malaysia, and EMPOWER was such an organisation. I was there from about the middle of October for about three months in total.

When I was looking for human rights organisations to intern with, to begin with, there weren’t so many to choose from. Specifically, EMPOWER has a very interesting intersection. I think I was attracted to the idea that it is a feminist human rights organisation. That was one of the reasons, and also I was told about EMPOWER by my lecturer before, Petra Gimbad, so for me, it seemed like EMPOWER is an organisation that I could do an internship with. She had sent out an e-mail about an event that EMPOWER was organizing and that help was needed but I couldn’t help out at the time because I was already working part-time. With other human rights organisations, at least the ones that I’m familiar with, for example, SUARAM, is one that is more political and it focuses a lot more on the politics of human rights issues, issues such as detention and freedom of speech, which are all very important, but in the way of what I was most interested in learning and in what I was most capable of contributing, SUARAM was not a good fit as compared to EMPOWER in its understanding of gender issues and in its understanding of political issues. In that way, EMPOWER was more appealing to me. I am interested in gender and the political process. I looked at EMPOWER’s website and I noted that it included information on political processes and events. I knew that I could contribute in that way; I had interned with an MP before so I felt that I could contribute knowledge in the way EMPOWER works, of engaging in the political processes and events and yet maintaining its gender perspective and analysis, issues that I was interested in and passionate about.

In terms of trying to understand how an NGO works, I think I learnt a lot, and I think the whole experience was inspiring because I met a lot of other people who were working on human rights, who were working with NGOs in Malaysia, who were working differently on human rights issues, and who were part of COMANGO. They were all very like-minded and were trying to push for the same advancements in the human rights situation of Malaysia. That was very inspiring. Sometimes you can start to think that Malaysia does not want you, that Malaysia is such a terrible place, and you meet all these people who are trying to change that and who are not afraid of trying to do that. In that way, definitely, it was such an empowering experience for me.

I was engaged in many events and that allowed me to see many sides of EMPOWER. For example, for the first few weeks, I was helping with EMPOWER’s Universal Periodic Review (UPR) monitoring project. It was mostly about supporting coordination, and sustaining the interest of civil society organisations in monitoring the UPR and to try and understand the UPR process myself. There were also two trips that were organized to understand the human rights issues of Orang Asli communities, and I participated in those as well. Then I also supported the work under EMPOWER’s Women’s Political Participation programme.

The most memorable experience for me with EMPOWER is the first trip I did with the Orang Asli community in Gerik. Because I had always thought that with Orang Asli issues that it’s them that we have to listen to, and it was exactly that. All we did was listen to them. I feel that listening is very important in human rights work, or in anything that is meant to improve the wellbeing of a community. You have to listen to the voices from the community itself and I felt that us being there gave them the platform and they expressed what they wanted to share very well. A lot of people think that minority groups are in need of saving, that they have no voice, but the truth of the matter is they do have a voice but we don’t allow them the space; the system does not allow them to speak out; the system does not allow a validation of their feelings and their way of life. I think it’s very, very important to hear from the community itself, and for me, it felt like very hands-on work and very grassroots. I feel that sometimes there’s this disconnect when you read about an issue and then you don’t understand it very much but when you actually meet people and you actually work on that level, then you’re able to understand the issues in a more personal kind of way.

Working with EMPOWER’s Women’s Political Participation programme was quite a different experience, and for me, the programme is what makes EMPOWER quite unique because none of the other women’s rights groups work on this issue. I think EMPOWER being the co-secretariat of COMANGO and working on the UPR process is also important because documentation of human rights issues is important. I also realised how difficult it is to work on human rights in Malaysia and how it’s a very slow process, and it’s a very difficult process as well.

For me, EMPOWER is committed to improving Malaysia. EMPOWER allows any prospective intern to learn and it also does very important human rights work in Malaysia. I think it offers practical solutions, for example, through its Women’s Political Participation programme to address the lack of women’s representation in Parliament. I think EMPOWER needs to continue to highlight our human rights issues and to continue to actively try to change the human rights situation in this country. I think the working relationships that EMPOWER has maintained with female politicians is very useful. While NGOs need to function outside of the political realm, and provide that healthy check and balance within society, the reality is so much of change needs to happen within the political realm to benefit society equally and to uphold the human rights of all.

It has been very interesting to be a male working in a feminist organisation that’s very female oriented. I think it’s important that EMPOWER works with potential male allies as well in pushing for improving women’s political representation, for men to understand and learn about gender equality, and unlearn gender stereotypes and prejudice. I think having both female and male perspectives in trying to bring about change can help EMPOWER in the challenge of rethinking current ways of working on human rights issues.